PPA Perlok merupakan sebuah pusat akuakultur yang bernaung di bawah Jabatan Perikanan Malaysia. Pusat ini menumpukan kepada pembenihan dan pemuliharaan ikan asli Malaysia seperti ikan kelah merah (Tor tambroides), ikan temoleh/temelian (Probarbus jullieni) dan lain-lain.
Pusat ini terletak di Kampung Perlok kira-kira 38 km dari Bandar Jerantut, Pahang Darul Makmur berhampiran dengan pekan Ulu Cheka (7km), Pekan Damak (17km), dan Kuala Krau(32km).
Pusat ini berfungsi sebagai pusat pembangunan induk dan pembiakan ikan asli Malaysia selain menjadi pusat aktiviti khidmat pengembangan dan nasihat dalam pengurusan ternakan. Pusat ini juga sering menjalankan aktiviti pelepasan benih ikan ke sungai dan juga banyak membantu penternak dari segi bekalan benih.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi PPA Perlok di talian 09-2601113
No comments:
Post a Comment